Konsep Dhamma dalam Agama-Agama India

Agama, merupakan sejenis domain konsep di Eropah hanya dianggap sebagai entiti halus sejak Zaman Pencerahan. Di tamadun India tradisional, konsep agama cuma merupakan sebahagian kecil bagi konsep dhamma.

Dhamma boleh diertikan sebagai Perundangan, serta kehidupan yang berlandaskan kepada perundangan sama ada undang-undang alam atau sebutan-sebutan perundangan yang terdapat dalam masyarakat manusia. Dhamma dari segi pengertian perundangan dalam masyarakat itu adalah 'jalan kebenaran, cara yang betul, sesuai, sopan atau tabiat hidup yang dianggap sebagai benar'.

Tradisi-tradisi agama-agama India ini, diperhatikan sebagai pelbagai bentuk kehidupan yang murni, berkebajikan dan baik. Oleh itu, seorang Jain itu mengamalkan Jain dharma, seorang Hindu mengikut Sanatana dharma, dan seorang Buddha itu mengamalkan Buddha dharma. Namun, pengenalan-pengenalan sebegini tidak membawa maksud yang menekankan mazhab atau agama yang berbeza.