Perayaan Pachum Ben


Upacara pemujaan nenek moyang dalam perayaan di Kemboja ini berlangsung selama 15 hari. Pada hari ke-14 dalam bulan Pheaktabod atau bulan Bhadrapada mengikut kalendar lunar itu, penganut ajaran Buddha di Kemboja akan melaksanakan upacara Kan-ben atau pemindahan pahala amal kepada nenek moyang. Hari ke-15 pula akan disebut sebagai Prochum-ben atau Pachum-ben. Tempoh Kan-ben ini dikhususkan untuk orang ramai memberikan dana sembahan seperti makanan dan lilin kepada para bhiksu.

Pada waktu malam pula, bhiksu akan membaca paritta pelindung. Para seniman akan memainkan alat muzik seperti Lakon-basak dan Yike. Prochum-ben ini merupakan hari kemuncak bagi perayaan membuat amal kebajikan. Penduduk kampung rata-ratanya akan ke candi di kampung masing-masing sebelum bermula perayaan. Prochum-ben ini adalah hari orang kampung berkumpul untuk bersama-sama memberikan sembahan sajian makanan kepada roh nenek moyang mereka.

Jenis-Jenis Hantu

Semasa perayaan ini, dipercayai sebanyak jenis hantu akan keluar pada malam hari untuk mencari makanan. Antaranya adalah seperti berikut:
  • Hantu makan nanah dan darah
  • Hantu mati terbakar yang selalu kepanasan
  • Hantu lapar
  • Pakrah Teah Topah, hantu yang menerima dana hanya melalui bhiksu Buddha
Hantu-hantu jenis lain langsung tidak boleh menerima makanan daripada saudara-mara mereka sehinggalah tahap dosa mereka menjadi ringan dan mereka naik ke kedudukan Pakrah Teah Topah Jivi.
Bay-Ben
Bay-ben ini adalah beras pulut yang dicampur dengan bijan. Ia disajikan untuk roh atau hantu pada waktu senja. Kebanyakan orang percaya bahawa hantu berdosa berat dilarang menerima pemberian dana pada waktu siang hari. Sesetengah orang akan menambahkan santan pada bay-ben mereka supaya rasanya lebih lemak dan enak. Terdapat juga orang yang meletakkan bay-ben mereka atas piring. Selain itu, bay-ben turut dipersembah kepada mereka yang memerlukan. Maka, pahala memberikannya itu diterima bersama dan bukan hanya menjadi makanan kepada semut dan serangga lain.