Dhamma Vinaya: Jalan Amalan Yang Dicerahi

Baginda Buddha merujuk kepada jalan yang diajari kepada murid-muridnya itu sebagai dhamma vinaya atau kebenaran yang istiqamah.

Jalan para Buddha, yang dilihat sendiri oleh Buddha sebagai salah seorang Buddha yang berderetan sehingga ke zaman kuno, sebagai jalan yang dikenakan ke atas diri sendiri dengan penuh berdisiplin. Disiplin ini melibatkan hal-hal berikut seperti:
  • Brahmacarya, hidup membujang dan mengelakkan seboleh mungkin kegiatan kelamin.
  • Śīla, mengikut akhlak mulia.
  • Latihan tiga lapis, usaha untuk mencapai kesedaran dan hikmah.
Kitab-kitab Buddha, menjelaskan bahawa ungkapan "dhamma" sering merujuk kepada ajaran Buddha dan tes-teks agama seperti Vinaya, Sutta Pitaka dan Kitab Pali. Di samping itu, ia boleh merujuk secara meluas kepada tradisi-tradisi terkemudian serta penafsiran amalan dari pelbagai jenis aliran Buddhisme yang diperkembang untuk membantu menjelaskan lagi ajaran Buddha.

Dalam tradisi Mahayana terkemudian, hal ini dilihat sebagai 84,000 jenis ajaran yang dirujuk sebagai Kangyur. Ia diajari oleh Buddha kepada pelbagai jenis orang, mengikut keperluan mereka. Perkara ini seerti dengan ajaran Buddha yang merangkumkan dhamma itu dengan Tirattana atau Tiga Mastika. Pengikut ajaran Buddha bergantung kepada perkara ini untuk kebahagiaan yang berpanjangan.

Tirattana mengandungi:
  • Buddha, merujuk kepada kesempurnaan akal untuk menerima pencerahan jiwa.
  • Dhamma, ajaran dan kaedah amalan.
  • Sangha, kelompok pengamal yang bertekad serta saling menyokong sesama sendiri, memberi dorongan dan galakan serta persehabatan rohaniah.