Buddhisme, merupakan perkataan yang direka oleh sarjana-sarjana British serta mubaligh-mubaligh Kristian di permulaan abad ke-19 M, untuk merujuk kepada Dhamma atau Kebenaran yang ditemui oleh Buddha dan Dhamma Vinaya di Timur.
Ia merujuk kepada penelitian yang diajarkan oleh Buddha seperti yang terakam dalam agama-agama Pali serta Sutta Pitaka. Ia boleh juga merujuk kepada Pariyatti atau punca-punca penderitaan dan Patipatti atau rentetan-rentetan tindakan yang perlu diambil untuk meleraikan punca-punca tersebut.
Tindakan-tindakan tersebut melibatkan kepada tindakan mengangkat kehidupan ke arah menuju kepada akhlak yang murni serta meninggalkan sikap-sikap yang tidak senonoh. Seterusnya, mengamalkan sikap-sikap yang murni. Gaya kehidupan sebegitu menyingkirkan seseorang itu daripada jalan keburukan. Di samping itu, memberi lebih masa untuk seseorang itu membersihkan diri dari kegiatan-kegiatan yang tidak berkemahiran sebelum ini.
Oleh itu, Buddhisme selalu juga dirujuk sebagai, Visuddhimagga atau "jalan penyucian diri". Menurut konteks Barat, ia boleh dilihat sebagai sejenis sistem gunaan untuk kesihatan mental dan jiwa yang semulajadi.
Seperti agama-agama orang India yang lain, matlamat akhir bagi jalan ini, tanpa mengira komitmennya untuk membantu insan lain untuk menerima perkara yang sama, adalah untuk mencapai Mokṣa, meleraikan segala punca dalaman yang menyebabkan munculnya duka. Hal ini, turut diikuti oleh ketenangan jiwa yang jelas, iaitu Nibbana.