Dīpaṃkara bermaksud pemegang pelita. Beliau merupakan seorang Buddha lampau. Beliau diriwayatkan hidup selama 1000 tahun di bumi. Beliau adalah seorang Brahmin dari Rammavatinagara, anak lelaki kepada Sudheva dan Sumedhaya. Beliau menerima pencerahan bawah pokok Pipphala.
Ong Rupa
Umumnya, beliau digambarkan sebagai Buddha yang sedang duduk, namun gambaran sedang berdiri pun terkenal di China, Siam dan Nepal; dengan tangan kanan membentuk mudra abhaya (mohor perlindungan) dan mudra tersebut dibentuk oleh dua tangan.
Buddha ini jarang digambarkan berseorangan. Rupa beliau di Bamiyan di turut dihancurkan oleh Taliban pada 2001. Rupa beliau turut boleh ditemui di taman buatan Yungang di China. Beliau sering digambarkan dengan dua bodhisattva iaitu:
- Manjushri dan Vajrapani di Jawa.
- Avalokitesvara dan Vajrapani di Sri Lanka.
- Siddhartha Gautama dan Maitreya.
Satu riwayat yang ditunjukkan dalam kesenian candi adalah mengenai Siddhartha Gautama pernah menjelma sebagai Sumedha, seorang Brahmin muda yang kaya tetapi menjadi seorang ajar-ajar melutut dan meniarap ke tanah dengan rambut panjang berwarna hitam, memberi penghormatan kepada Buddha Dīpaṃkara yang ketika itu merentasi selut tanpa kakinya dikotori oleh selut.
Riwayat antara Dīpaṃkara dan Sakyamuni, berlaku lama sebelum pencerahan terakhir Sakyamuni. Dari tindakan Sumedha itu, Dīpaṃkara memberi ramalan kepada Sumedha bahawa: "Di zaman ke depan nanti, engkau akan menjadi seorang yang dicerahi, lalu digelar sebagai Sakyamuni".
Dibalas oleh Sumedha: "Oleh kerana aku ini akan menjadi seorang yang dicerahi, digerakkan untuk menyedari kecerahan, maka engkau pijaklah rambutku ini - pijaklah atas jatiku, usia tuaku, dan kematian".
Dīpaṃkara seraya bersabda: "Dibebaskan dari kewujudan manusia, engkau akan menjadi seorang guru yang berkesan, demi alam ini. Dilahirkan engkau dalam kalangan orang Śakya, sebagai contoh tauladan di tiga alam, pelita menerangi seluruh makhluk, engkau akan dikenali sebagai Gautama. Engkau akan menjelma sebagai anakanda raja Suddhodana dan ratu Maya. Sariputta dan Mogallana akan menjadi ketua siswamu. Penjaga amanahmu, Ananda".
Sepanjang 40 tahun lebih kehidupannya, Siddhartha Gautama diriwayatkan telah menceritakan semula hampir 554 kisah kehidupan lampau baginda dalam jelmaan-jelmaan sebelumnya. Sebagai seorang bodhisattva, baginda dipetik sebagai bersabda bahawasanya, seseorang itu mula naik ke peringkat menjadi seorang Buddha menerusi pengisian jiwa dengan 10 Paramita atau 10 Kesempurnaan. Baginda seorang yang kaya dan berkedudukan tinggi dalam negara baginda namun baginda sanggup meninggalkan segalanya lalu menjadi seorang bhikkhu.
Bertitik tolak dari peristiwa pertemuan Buddha Dīpaṃkara dengan Sumedha, roh bodhisatva akan datang itu menerima Niyatha Vivarana dari Buddha Dīpaṃkara. Pertemuan ini boleh ditemui dalam teks sutra kelompok Mahayana, berjudul Sangatha Sutra.
Sembah Tabik
Menjelang abad ke-17 M, Buddha ini menjadi tumpuan tabik sembah dalam kalangan penduduk di Nepal. Mereka menganggapnya sebagai pengiring para pedagang dan mengaitkannya dengan amal jariah memberi dana derma.
Beliau turut diberi tabik sembah oleh kelompok kelasi dan pelaut. Kadang-kadang tugunya ditemui di garis pantai untuk menjadi petunjuk dan pelindung bagi kapal yang belayar di sepanjang pantai.
Buddhavamsa menyebut bahawa Buddha ini menerima Nirvana di Nandarama. Di situ, telah dibina candi setinggi 36 yojana.
Rujukan
Sila klik sini untuk mengakses.