Khao Boon Pradab Din - Bacaan Lanjut


Dipercayai bahawa roh-roh akan berkeliaran pada saat ini dan mereka dijemput makan ketika mereka menjelma di rantau muka bumi. Roh-roh berkeliaran yang tidak mempunyai keluarga juga dijemput untuk menyertai jamuan sembahan sajian. Makanan biasanya diletakkan di luar biara kerana dipercayai bahawa mereka tidak dapat masuk ke rantau biara. Di setengah tempat pula, mereka percaya bahawa roh dan sesiapa sahaja boleh melawat biara maka makanan diletakkan di dalam tembok biara.

Salah satu daripada bahagian asal dalam upacara ini adalah memuja semangat tanah yang membenarkan orang ramai bercucuk tanam. Kebiasaannya amalan ini dijalankan selepas memberikan sembahan sajian kepada nenek moyang. Walau bagaimanapun, amalan ini sudah tidak diamalkan lagi di kebanyakan tempat. Biasanya amalan ini dikenali sebagai Boon Khao Sak, yang dijalankan dua minggu selepas Khao Boon Pradab Din untuk nenek moyang.

Kemudian, orang ramai akan menyediakan juga sembahan sajian kepada para bhiksu dan menjalankan amalan gruat nam bagi menghantar pahala amalan kepada nenek moyang. Walaupun amalan ini didakwa sebagai amalan pra-Buddha, namun amalan ini dikaitkan juga dengan tokoh yang terkenal dalam lagenda Buddha iaitu Raja Bimbisara. Baginda menganuti ajaran Buddha selepas menerima ajaran dari Siddharta Gautama Buddha. Baginda diajarkan oleh Buddha bahawa memberikan sedekah pahala kepada nenek moyang adalah penting. Selalunya pemujaan ini dijalankan pada ketika bulan mengambang hari terakhir dalam kalendar lunar.

Rujukan
  • Boon Khao Pradab Din, Tim's Thailand, Isan Explorer (website)
  • Pichaya Svasti, Ancestral Worship in Northeast Thailand, Bangkok Post (online