Cara Memberi Sembahan kepada Preta

Setiap orang itu dinasihati supaya menjana pahala di mana dan bila-bila sahaja yang mampu. Salah satu cara untuk menjana pahala itu adalah dengan memberikan persembahan kepada preta atau roh-roh yang menderita di alam satu lagi.

Adakah roh-roh ini wujud? Cubalah capai kuasa psikik dengan membuka mata ketiga anda sedikit. Anda akan dapat melihat bahawa mereka sebenarnya sedang menderita terjelma semula dalam tubuh yang tidak sempurna disebabkan oleh hawa nafsu, hati mereka yang terikat dengan duniawi dan juga akibat karma buruk dari hayat lampau mereka.

Ajaran Buddha menjelaskan bahawa alam hawa nafsu ini adalah alam yang dihuni oleh banyak jenis makhluk yang boleh dibahagikan kepada enam tahap pula:
  • makhluk neraka
  • preta
  • haiwan
  • manusia
  • asura
  • deva
Preta sebenarnya lebih teruk dari haiwan. Disebabkan itu, makanan yang direstui memungkinkan mereka menerimanya. Hal ini juga sebenarnya menjana pahala untuk kedua-dua pihak, yang memberi makan dan yang menerima makanan. Di atas alam hawa nafsu ini pula terdapat penduduk alam yang bersamadhi dalam alam berupa dan alam tidak berupa. Namun, mereka ini tidak dibicarakan di sini.
 
Anda boleh memberikan sembahan kepada preta pada setiap malam. Keadaan ini membolehkan mereka menerima makanan dan air untuk diminum. Seyogialah diingatkan bahawa sukar sekali untuk mencapai tahap seorang Buddha dalam membantu manusia lain, namun membantu makhluk yang lebih rendah daripada kita adalah lebih mudah. Contohnya, kita boleh membantu haiwan, preta dan makhluk neraka. Menjalankan upacara ini boleh membantu makhluk lain dan kita sebenarnya akan menjadi Buddha bagi mereka yang lain.
 
Upacara yang dijalankan pada waktu malam ini boleh dijalankan sebelum tidur atau selepas waktu senjakala. Ia hanya mengambil masa selama lima minit sahaja.
 
Sembahan Preta
 
Dapatkan gelas kecil dan letakkan tujuh butir beras di dalamnya. Boleh juga letakkan makanan vegetarian lain di dalamnya, namun jangan sekali-kali letakkan daging. Kemudian penuhkan gelas itu dengan air kosong dalam ¾ penuh. Pegang gelas itu dengan tangan kiri iaitu dengan menyokong buntut gelas itu dengan jari tengah anda dan sisinya pula dengan jari manis, jari telunjuk dan jari kelingking. Kemudian letakkan jari manis tangan kanan di penjuru gelas. Jari itu sahaja yang terbuka tapi jari lain ditutup. Tapak tangan kiri mestilah menghadap anda dan tapak tangan kanan menghadap gelas. Gelas itu mestilah dipegang jauh sedikit dari badan separas dengan dada.
 
Kini, anda boleh membaca tiga set mantra daripada rantaian tujuh "Om-La" diikuti dengan So-Ha" di atas gela situ. Ketika bermula setiap ulangan mantra "Om-La", tarik jari manis tangan kanan tadi dan gores aksara "La" di atas gelas. Jangan risau dengan jumlah ulangan mantra bagi menyucikan makanan ini. Ia sebenarnya membolehkan preta menjamah makanan yang disembahkan. Jari mestilah tetap di bucu gelas semasa membaca sembahan yang berbaki. Selepas membaca Om ah-Hum ketika di penghujung upacara, gores aksara "Hung" seperti aksara "La" tadi.
 
Bacaan Mantra
 
1. Menyucikan Sembahan
  • Om lah sebanyak tujuh kali diikuti dengan Sohah.
  • Om lah sebanyak tujuh kali diikuti dengan Sohah.
  • Om lah sebanyak tujuh kali diikuti dengan Sohah.
2. Tabik kepada Mañjuśrī Bodhisatva, pengasas amalan ini sebanyak tiga kali.
3. Mantra Om Mani Padme Hum sebanyak tiga set dengan rantai tujuh kali ditutup setiap set dengan so-hah.
4. Mantra Cundi-dharani
  • Namo saptanam samyak sambuddhah kotinam tayatha, Om cale cule Cundi Sohah. Om bling.
  • Namo saptanam samyak sambuddhah kotinam tayatha, Om cale cule Cundi Sohah. Om bling.
  • Namo saptanam samyak sambuddhah kotinam tayatha, Om cale cule Cundi Sohah. Om bling.
5. Baca Prajñā Pāramita Hṛdaya Sūtra untuk memberi peluang kepada preta mendapat pengajaran berguna sehinggalah tamat sutra.
 
Kemudian baca vrata anda sendiri. Anda bolehlah membaca vrata yang bermakna buat diri anda sendiri. Vrata ini berbunyi, "makhluk yang berhati nurani itu tiada sempadan, namun aku bervrata supaya mereka dibebaskan seluruhnya. Kesengsaraan itu tidak berpenghujung, namun aku bervrata untuk memutuskannya semua. Jalan-jalan menuju ke kebenaran itu adalah tidak terbatas, namun aku bervrata untuk menguasai semuanya. Pencerahan itu adalah Tertinggi, namun aku bervrata untuk mencapainya. Aku bervrata untuk terus menjalankan karma baik dan menghentikan karma buruk. Aku bervrata untuk menjelmakan kebajikan yang masih belum terjelma dan menghalang segala kejahatan yang masih belum terjelma dari menjelma". 
 
Seterusnya, bacalah tabik kepada tujuh Tathagatha yang memantau cara ini:
  • Tabik kepada Tathagatha yang tidak pernah bergerak
  • Tabik kepada Tathagatha Permata Jaya, Prabhutaratna
  • Tabik kepada Tathagatha Tubuh Berupa Cemerlang, Surupakaya
  • Tabik kepada Tathagatha Tubuh Luas, Vipulakaya
  • Tabik kepada Tathagatha Berani, Abhayankara
  • Tabik kepada Tathagatha Amṛta Belas Kasihan, Amṛtarāja
  • Tabik kepada Tathagatha Cahaya Tiada Penghujung, Amitabha
Sebagai maklumat, Tathagatha Prabhutaratna ini mampu memecahkan karma preta yang tamak dan membolehkan preta-preta itu menerima restu serta pahala yang sempurna. Thathagatha Surupakaya boleh menghilangkan rupa hodoh preta dan membolehkan mereka menerima rupa yang lebih baik. Tathagatha Vipukalaya membolehkan tekak preta menjadi besar semula dan membolehkan mereka menerima makanan. Tathagatha Abhayankara membantu menghilangkan ketakutan preta dan membolehkan mereka keluar dari alam preta.
 
Penutup Mantra
 
Dengan sakti mantra ini makanan dan minuman disucikan. Aku mempersembahkannya kepada makhluk-makhluk halus dari segenap 10 penjuru. Aku memohon supaya segala makhluk berhati nurani yang memerlukan sembahan dan amrta supaya mengambil peluang ini dan berpuas hati. Aku memohon supaya segala hawa nafsu dan ketamakan mereka terhapus dan mereka akan meninggalkan kediaman kegelapan menuju ke jalan kewujudan yang tenang. Semoga mereka berlindung dengan Triratna dan disedarkan untuk mencapai pencerahan tertinggi dan akhirnya menyedarinya juga. Pahala yang diperolehi dengan menyedari cahaya ini tidak akan terpudar dan akan berterusan sehingga ke hayat seterusnya, menjadikan segala makhluk itu sama rata dalam dana makanan menurut dharma ini.
 
Wahai tuan rumah tidak terbatas dan makhluk-makhluk halus, aku mendanakan sembahan makanan ini kepada mereka dan memohon supaya ia memenuhi segenap ruang dan segala makhluk yang seumpamanya mengambil bahagian masing-masing. Dengan amalan berpahala ini aku memohon supaya aku dapat membayar semula hutang aku dengan ibu bapaku, yang membuat segala sesuatu demi aku dan mengumpulkan sedikit pahala untuk pencerahan. Semoga mereka yang masih hidup itu terus menikmati kebahagiaan dan kemakmuran tanpa penghujung, manakala semoga mereka yang sudah tiada bersama kami akan terbebas dari sengsara dijelmakan dalam alam tenang.
 
Aku memohon supaya makhluk berhati nurani dalam tiga alam yang menjadi penerima kepada bahan ini bersama dengan makhluk yang menderita di tiga jalan kewujudan yang jahat serta terseksa dengan azab itu bertaubat dari segala dosa. Dibersihkan dari segala kesakitan dan semoga mereka dibebaskan dari putaran kelahiran dan dijelmakan di alam kesucian.
 
Kami memohon kepada segala Buddha dan segala Bodhisattva-Mahasattva di 10 arah, dari masa lampau, kini dan masa depan dan kepada Mahaprajna-paramita, kebijaksanaan yang mencakupi seluruhnya, dengan kebenaran dari pahala ini, bukan sahaja kami, malahan seluruh makhluk pun menerima pencerahan.
 
Bacalah Om ah-Hum dan kemudian gunakan jari manis tangan kanan tadi, celup ke dalam air dan gores aksara Hum di atas gelas bagi menyelesaikan penyucian dana sembahan. Selepas itu bolehlah ditinggalkan bekas tersebut di situ sahaja.
 
Rujukan
  • Cara memberi dana kepada preta (online)
  • Mahadharani Cundi (online)