Lanjutan Hantu dalam Ajaran Buddha

Dalam Saccasamyutta di bawah judul "Melepasi Alam Haiwan", dijelaskan bahawa:
"Begitulah wahai para bhiksu, makhluk-makhluk itu sedikit sekali yang melepasi alam haiwan terjelma menjadi manusia. Namun, banyak sekali dalam kalangan makhluk-makhluk itu, tatkala melepasi alam haiwan itu terjelma di alam neraka ... dalam alam haiwan ... dalam kediaman hantu-hantu ..."
Dalam judul "Melepasi Kediaman Hantu-Hantu" dijelaskan bahawa:
"Demikianlah wahai para bhiksu, sedikit sekali makhluk yang melepasi kediaman hantu-hantu itu terjelma dalam kalangan manusia. Namun, banyak sekali dalam kalangan makhluk-makhluk itu, tatkala melepasi kediaman hantu-hantu, terjelma di alam neraka ... dalam alam haiwan ... dalam kediaman hantu-hantu ..."
Dalam Niddanavagga atau Penyebab disebutkan bahawa:
"... terjelma dalam kalangan hantu dan lain-lain, akibat saki-baki karma atau tanda karma. Oleh itu, kerana kelahiran itu berlaku menerusi keselarian karma atau keselarian apa yang disebut sebagai "kesan saki-baki karma yang sama." Disebutkan bahawa tatkala ajalnya tiba di neraka, selonggok tulang kering lembu menjadi petanda (bahan proses kesedaran terakhir, yang menjadi bahan kesedaran penjelmaan semula). Lantas ia menjadi hantu dalam rupa rangka tengkorak, seolah-olah terjelma kepada yang bijaksana itu karma terlindung.
Terdapat juga cetera dalam sastera agama, mengenai seorang wanita tua yang sangat berhati-hati menjaga Pañchaśīla. Namun, dia sangatlah tamak dan kedekut. Dia enggan memberikan dana dan menyembunyikan wangnya di bawah bantalnya. Oleh sebab ketamakannya ini maka dia pun terjelma di alam preta walaupun dia menjaga Pañchaśīla.

Dalam Mahavagga, judul Rakan-Rakan dan Teman-Teman, baginda Buddha bersabda, "Wahai bhiksu, boleh terjadi perubahan pada empat unsur agung. Dalam unsur bumi, unsur air, unsur haba dan unsur udara. Namun, perubahan tidaklah akan berlaku kepada penuntut arya yang yakin dengan Buddha. Namun, dengan perubahan ini penuntut arya yang yakin sepenuhnya dengan Buddha itu mustahil terjelma dalam alam haiwan atau kediaman hantu-hantu.

Paticca samuppada atau hukum penyebab dan akibat boleh memberikan penjelasan mengenai pelbagai tahap kehidupan ini. Baginda Buddha bersabda bahawa hukum penyebab dan akibat ini laksana lautan yang dalam dan boleh digunapakai dalam segala situasi. Kerana segalanya dalam dunia ini mematuhi prinsip asas hukum penyebab dan akibat.

Menurut hukum penyebab dan akibat ini, apabila seseorang itu sukarela terikat dengan sesuatu, maka sebarang kesan dari tindakan tersebut juga akan mempunyai ciri yang selari. Kerana orang yang haitnya terikat secara sukarela itu, menyebabkan munculnya bhava atau keadaan. Sebagai contoh, pati dan iccha membawa kepada sama dan uppada. Dari sini, muncul "keadaan minda yang tamak". Keadaan minda yang tamak ini terjadi kerana hati kita ini diikat oleh ketamakan kepada sesuatu bahan.

Seseorang yang tamak teramat akan terkena peta bhava dan menjelma dalam alam peta. Seseorang yang terlibat dalam tindakan penuh kebencian terhadap makhluk lain, akan menyebabkan munculnya bhava kebencina dan terjelma dalam niraya atau alam neraka. Di sana penuh dengan kebencian kerana penderitaan yang teramat sangat. Bhava haiwan itu muncul disebabkan oleh ketamakan dan kebencian.

Viññāṇ yang kukuh boleh membentuk satu tabiat. Apabila satu tabiat itu menjadi kuat, maka ia akan terbawa ke hayat akan datang. Kemungkinannya dalam dua cara. Tabiat yang sangat kuat boleh membawa kepada Patisandhi-viññāṇ pada saat ajal tiba. Ia akan membawa kepada bhava atau keadaan yang bersesuaian dengan hal itu. Oleh itu, seseorang itu akan terjelma semula dalam jati yang bersesuaian dengan bhava itu. Sebagai contoh, seorang yang sangat tamak akan mempunyai peta-bhava. Pada saat ajalnya nanti dia akan terjelma dalam bhava seekor peta.