Kassapa dikenali juga sebagai Kāśhypa merupakan salah seorang Buddha purba yang kisah hidupnya tercatit dalam bab ke-24 kitab Buddhavaṃśa, salah satu bahagian terpenting dalam kitab-kitab sastera Pali.
Menurut tradisi Theravada, Buddha ini menduduki bilangan ke-27 daripada sejumlah 29 orang Buddha yang dikenali nama mereka, kedudukan ke-6 daripada tujuh Buddha lampau, dan ke-3 daripada lima orang Buddha dari kalpa ini. Kalpa kita hidup ini disebut sebagai Bhadrakalpa atau zaman bertuah. Lima orang Buddha di Bhadrakalpa tersebut adalah:
- Kakusandha
- Koṇāgamana
- Kassapa
- Gautama
- Maitreya
Kehidupan
Beliau dilahirkan di Taman Rusa Isipatana yang kini terletak di kota Varanasi di negeri Uttar Pradesh. Bapa beliau bernama Brahmadatta manakala ibu beliau Dhanavatī. Mereka berasal dari bangsa Brahmin gotra Kāśhyapa.
Menurut lagenda, tubuh beliau cuma setinggi 20 hasta. Beliau hidup di tiga tempat berbeza selama 2000 tahun. Tempat-tempat tersebut adalah:
Beliau menjalankan keajaiban berkembar di kaki pokok Padauk di luar daerah Sundar Nagar. Beliau cuma mengadakan perhimpunan dalam kalangan muridnya sekali saja.
Senarai Pengikut Terkenal
Pengikut-Pengikut
Yang terkenal sekali dalam kelompok pengikutnya itu dikenali sebagai, Naradeva berbangsa Yakṣa.
Murid-Murid
Yang sering membantu, menjadi pengasuh beliau adalah Sabbamitta.
Penaung
Yang terkenal itu seperti:
Pembinaan candi untuk tokoh ini mempunyai banyak pula cadangan dan perbezaan pendapat. Ia melibatkan ukuran candi serta bahan untuk pembinaannya. Pembinaan hanya bermula selepas isu tersebut selesai. Selepas itu, penduduk menghadapi masalah kekurangan dana untuk menyempurnakan pembangunan candi tersebut.
Seorang pengikut bertaraf anāgāmi Sorata mengembara di seluruh Jambudvipa, memohon dana dari orang ramai untuk menyempurnakan pembinaan candi tersebut. Beliau menghantar wang seperti nilai yang diterimanya untuk pembangun candi. Selepas perisytiharan candi tersebut sudah sempurna dibangunkan, Sorata bergegas untuk ke candi bagi menjalani pemujaan. Namun, malang nasibnya. Beliau diculik oleh perompak serta dibunuh di hutan yang dikenali sebagai Andhavana.
Upavāna dalam kelahiran sebelumnya, menjadi penunggu candi tersebut disebabkan oleh kehidupan lampaunya yang agung (DA.ii.580; untuk cerita lain bagi bangunan candi itu, lihat DhA.iii.29.
Dalam kalangan 37 dewi yang disedari oleh Guttila ketika berziarah ke syurga adalah seorang dewi yang memberi sembah lima renjisan mawar di candi tersebut (J.ii.256).
Alāta memberi sembah bungaan neja di candi tersebut lantas menerima kelahiran semula yang bahagia (J.iv.227).
Penyebab Mahākāśyapa kelihatan keemasan adalah disebabkan oleh dana seketul batu-bata emas olehnya untuk pembinaan gedung candi tersebut (AA.i.116).
Di candi tersebut juga, Anuruddha yang hidup berumahtangga di Varanasi, memberi sembah untuk Guru mentega dan gula cair dalam bekas-bekas tembaga yang diletakkan memenuhi sekitar candi tersebut (AA.i.105).

- Hamsavā
- Yasavā
- Sirinanda

- Dalam kalangan ajar-ajar adalah Tissa dan Bhāradvāja.
- Dalam kalangan ubun-ubun, Uruvelā dan Anulā.
Yang sering membantu, menjadi pengasuh beliau adalah Sabbamitta.
Penaung
Yang terkenal itu seperti:
- Sumangala
- Ghattīkāra
- Vijitasenā
- Bhaddā.