Kuasa Ketenteraan Bactria

Sebelum ketibaan pengungsi-pengungsi Yunani, ketenteraan Bactria umumnya terdiri daripada tentera berkuda dan mereka sememangnya terkenal sebagai askar-askar yang berkesan sekali dalam peperangan. Mereka membentuk bahagian terbesar dalam kontinjen tentera berkuda empayar Achaemenid.

Seramai 2,000 tentera berkuda Bactria telah berperang di Granicus yang kini terletak di Biga Cayi di wilayah Canakkale, Turki menentang Iskandar dari Macedonia. Selain itu, seramai 9,000 orang lagi terlibat dalam Peperangan Gaugamela yang kini berada di Dohuk, Iraq di sayap kiri tentera Darius.

Herodotus juga menyebut bahawa penduduk Bactria selalunya menggunakan pedati. Selepas penaklukan Iskandar Macedonia ke atas Bactria, unit-unit tentera berkuda Bactria bersatu dalam tenteranya dalam menakluki benua kecil India dan selepas itu dalam kempen peperangan ke atas benua kecil India.

Iskandar memperbesar lagi tentera berkuda peneman baginda yang elit itu dengan menambah tentera-tentera Bactria, tentera Sogdia dan lain-lain tentera berkuda Arya. Kedua-dua Aeschylus (orang Parsi, v. 318) dan Curtius menyebut bahawa Bactria mampu untuk memenuhkan satu petak peperangan dengan sejumlah 30,000 kuda. Kebanyakan tentera berkuda ini dilengkapi dengan anak panah dan lembing sebelum ditutupi dengan pedang dan tombak.

Herodotus menjelaskan bahawa tentera berkuda Parsi dari Mardonius dalam Peperangan Plataea (termasuk Bactria) sebagai hippotaxotai atau pemanah berkuda. Infantri Bactria dijelaskan oleh Herodotus sebagai memakap topi bergaya Media, tombak-tombak pendek dan pemanah yang bergaya Saka.

Iskandar dan Seleucus I kedua-duanya menghantar orang-orang Yunani ke Bactria sedangkan orang-orang Macedonia diletakkan jauh ke barat. Bahagian Yunani di Satrapy Bactria dilindungi dengan phouria atau kubu Yunani di kota-kota utamanya. Penjajah-penjajah rejim tentera diletakkan di kawasan-kawasan desa dan mereka dikurniakan dengan tanah yang digelar sebagai kleros.