Zhang Qian, raja duta berbangsa Han melawat rantau suku kaum Yuezhi pada 126 SM. Beliau cuba mendapatkan persetujuan suku kaum ini untuk membantu mereka memerangi suku kaum Xiongnu. Beliau menjelaskan bahawa suku kaum Yuezhi ini berpenempatan di utara Oxus sehinggalah ke selatan Oxus. Rantau-rantau ini menjadi saki-baki bagi kerajaan Bactria.
Zhang Qian selanjutnya menyatakan bahawa Yuezhi ini mewakili kuasa ketenteraan yang terdiri daripada antara 100,000 dan 200,000 tentera pemanah berkuda. Kebudayaan mereka hampir sama dengan kebudayaan Xiongnu. Mungkin disebabkan hal ini, mereka mengalahkan tentera Yunani Bactria dengan mudah. Dalam lawatan Zhang Qian ke Bactria (Daxia), beliau menggambarkan negara tersebut sebagai hilang nilai kesusilaan. Sistem politik pemerintahannya sudah terhapus walaupun prasarana bandar-bandarnya masih kekal di situ.
Daxia (Bactria) terletak kira-kira 2,000 li ke barat daya Dayuan, ke selatan Sungai Gui (Oxus). Penduduk di situ mengusahakan tanah dan mempunyai perumahan serta bandar-bandar. Kebudayaannya sama seperti Dayuan. Tiada pemerintah agung di situ dan ia cuma diperintah oleh ketua-ketua tempatan di peringkat kota-kota. Penduduknya miskin-miskin dan menggunakan senjata untuk melindungi diri mereka. Mereka takut dengan peperangan dan mereka pun cekap berdagang. Selepas Yuezhi Raya bergerak ke barat dan menyerang Daxia, seluruh negara pun runtuh. Kependudukan di negara itu besar. Kira-kira 1,000,000 penduduk atau lebih. Ibu kotanya digelar kota Lanshi dan ia mempunyai pasar yang memasarkan pelbagai jenis barangan yang dibeli dan dijual semula. - Petikan Kata-Kata Zhang Qian dalam Catitan-Catitan Sejarawan Agung oleh Sima Qian
Suku kaum Yuezhi kemudian melebar ke selatan masuk ke Bactria pada 120 SM. Mereka masuk ke sana akibat ditendang oleh suku kaum Wusun di utara. Nampaknya, mereka juga bertindak balas dengan menendang suku kaum Saka sehingga suku kaum Saka terpaksa turun ke benua kecil India sehingga mereka dikenalpasti sebagai Indo-Saka. Baginda Buddha mungkin dilahirkan dalam kelompok suku kaum Saka yang ditendang oleh suku kaum Yuezhi ini.
Penaklukan Yuezhi ini turut digambarkan dalam sumber-sumber klasik dari abad pertama sebelum masehi:
Puak-puak yang terkenal sekali adalah puak-puak yang telah menyerang orang Yunani di Bactriana, orang Asii, orang Pasiani, orang Tochari dan orang Sacarauli, yang datang dari negara di sebelah Jaxartes (Syr Darya), berdepan dengan Sacae dan Sogdiani - Strabo, XI.8.1.