Saka

Sekitar 140 SM, suku kaum Saka Timur yang jelasnya ketika itu ditolak ke selatan oleh sebab penghijrahan suku kaum Yuezhi mula merampas kawasan-kawasan dalam rantau Parthia dan Bactria. Penaklukan suku kaum Saka ke atas Parthia didokumenkan dengan lengkap yang mana diceritakan bahawa suku kaum Saka menyerang pada arah kota-kota di Merv (Turkmenistan), Hecatompolis (Qumis, Iran) dan Ecbatana (Hamdan, Iran).

Suku kaum Saka berjaya mengalahkan dan membunuh Phraates II anakanda Mithridates I iaitu raja Parthia. Bapa saudara Phraates II iaitu Artabanus I yang menjadi pewaris takhtanya juga dibunuh oleh suku kaum Saka. Semua saki-baki tentera Yunani yang diperolehi oleh Phraates II semasa kejayaan baginda memerangi Antiochus VII juga dikalahkan oleh suku kaum Saka.