Yuezhi I

Pada tahun 162 SM, suku kaum Yuezhi telah dihalau ke barat Sungai Ili oleh suku kaum Xiongnu. Pada 132 SM, mereka kemudian dihalau lagi oleh suku kaum Wusun. Kemudian mereka turun ke barat daya dan dua tahun kemudian, mereka merampas sempadan utara kerajaan Bactria dari suku kaum Saka yang ketika itu baru sahaja memenangi peperangan dengan orang Yunani di situ.