Perluasan Kerajaan Bactria

Berikutan perjanjian damai, tentera Seleucid pun keluar dari rantau Asia Tengah. Selepas itu menyaksikan bahawa kerajaan Bactria semakin membesar sempadannya. Rantau timur laut Iran diserap menjadi sempadan barat Bactria. Jangkauan jajahannya kemungkinan sehingga menerobos ke Parthia, yang pemerintahnya ditewaskan oleh Antiochus Agung. Rantau-rantau ini kemungkinannya adalah rantau yang serupa dengan satrap-satrap Tapuria (Mazandaran, Iran) dan Traxiane (Khorasan) yang menyembah ke Bactria.