Monday, December 29, 2014

Buddha Dharma


Buddha dharma merupakan sejenis falsafah agama yang tidak melibatkan Tuhan. Ia mencakupi pelbagai jenis tradisi, kepercayaan dan diamalkan mengikut ajaran-ajaran yang dikaitkan dengan tokoh, Siddhartha Gautama, atau dikenali sebagai Buddha saja. Buddha bermaksud, seseorang yang dicerahi.

Mengikut tradisi penganut Buddha, baginda Buddha tinggal dan mengajar di sebelah timur benua kecil India sekitar abad ke-6 dan ke-4 SM. Baginda diiktiraf oleh penganut ajarannya sebagai seorang guru yang berkesedaran untuk berkongsi pengalaman rohani baginda bagi membantu makhluk berhati nurani untuk mengakhiri kesengsaraan menerusi penghapusan kejahilan dan keinginan hawa nafsu serta menerusi kefahaman terhadap asal-usul kebergantungan.

Baginda mengajar mengenai Empat Kebenaran Mulia, dengan matlamat utamanya untuk mencapai keadaan halus dari Nirvana melalui amalan merenung Lapan Jalan Berlapis Mulia atau Jalan Pertengahan.

Cawangan Aliran

Kini, wujud dua cawangan aliran ajaran Buddha:

1. Theravada

Dikenali sebagai aliran orang-orang tua. Ia tersebar meluas di negara-negara bawah angin seperti:
2. Mahayana

Wujud di negeri-negeri Asia Timur seperti:
Terdapat juga pecahan aliran tradisi kecil seperti tradisi Amitabha, Mantrayana, Padmasutra, Tathagata, Vajrayana, Nichiren dan lain-lain. Pecahan Vajrayana pula dikaitkan dengan 84 orang Mahasiddha Hindu.

Aliran-aliran ajaran Buddha berbeza pendapat mengenai ciri-ciri yang sebenar bagi jalan menuju pembebasan jiwa, kepentingan dan sutra-sutra. Mereka turut berbeza pendapat mengenai amalan-amalan. Salah satu kepercayaan mereka yang lebih kurang seragam dalam semua aliran adalah kurangnya penceritaan mengenai, Pencipta.

Asas-asas tradisi Buddha dan amalan pentingnya berlegar sekitar Triratna atau Tiga Mastika:
  • Buddha, guru.
  • Dharma, ajaran.
  • Sangha, masyarakat kebiaraan.
Memohon sarana dengan Triratna secara tradisinya menjadi perisytiharan bagi seseorang itu untuk mengikut jalan baginda Buddha serta komitmennya untuk menuruti segala saranan. Hal ini, membezakan seseorang Buddha itu dengan yang bukan Buddha. 

Bentuk-bentuk amalan lain adalah seperti:
  • mematuhi peraturan tatasusila.
  • menyokong masyarakat kebiaraan.
  • meninggalkan kehidupan orang awam.
  • memasuki masyarakat kebiaraan.
  • memperkembang kepekaan rohani menerusi samadhi.
  • mencapai hikmah tinggi dan kemahiran membeza baik dan buruk.
  • mengaji agama-agama.
  • amalan kebaktian.
  • upacara.
  • menyeru para Buddha dan Bodhisatva dalam tradisi Mahayana.

No comments:

Post a Comment