Monday, July 3, 2017

Klasifikasi Tantra: Kriya Tantra (Amalan)

Tantra boleh dibahagikan kepada dua aliran dan bahagian utama. Yang pertama dan terawal adalah tradisi Nyingma. Yang kedua pula adalah tradisi Sarma. Dalam tradisi Sarma pula ada sekelompok tradisi-tradisi kecil seperti Kadam, Sakya, Marpa Kagyu, Shangpa Kagyu, Jonang dan Gelug. Kriya Tantra dalam pandangan tradisi Sarma adalah yang pertama sekali dalam empat klasifikasi tantra. Klasifikasinya adalah seperti berikut:
  • Kriya
  • Charya
  • Yoga
  • Anuttarayoga 
Kriya sendiri dibahagikan kepada tiga keluarga:
  • Tatagata
  • Padma
  • Vajra
Kriya-kriya ini diikuti pula oleh Tantra-Tantra kategori umum yang terpakai bagi semua tiga keluarga ini. Keluarga Tatagata mempunyai Tantra terbanyak iaitu sebanyak lapan kategori. Keluarga Padma dan keluarga Vajra pula mempunyai lima kategori setiap satunya berdasarkan kepada lapan kategori keluarga Tatagata. Kebanyakan teks dikatalogkan berasal dari Kriya Tantra bawah tiga keluarga Kriya ini. Sedikit sangat teks dipunyai oleh kategori umum keempat.    

Tiga Keluarga tersebut dibahagikan kepada lapan kategori iaitu:
  1. Buddha dan Keluarga
  2. Tuan Keluarga (Tuan Tribhuvan (Bodhisattva))
  3. Ibunda Keluarga
  4. Ushnisha Keluarga
  5. Dewata Bengis Keluarga
  6. Pesuruh Keluarga
  7. Bodhisattva Keluarga
  8. Naga dan Yaksha Keluarga 
Tantra Duniawi Kriya yang Biasa:

Tantra Umum Kriya adalah seperti berikut:
  • Tantra Rahsia Umum
  • Susiddhi
  • Persoalan Subahu
  • Kesinambungan Tumpuan
Rujuk laman ini, sila klik di sini.

No comments:

Post a Comment