Penaklukan Suku Kaum Nomad

Berikut adalah suku kaum nomad yang menakluki kerajaan Yunani Bactria:
Ketika itu, baginda Heliocles meninggalkan negara Bactria menuju ke ibukota baginda di lembah Kabul, dari sana baginda meneruskan pemerintahan ke atas rantau-rantau benua kecil India. Selepas keluar dari kerajaan Bactria, baginda Heliocles dikira sebagai raja Yunani terakhir di Bactria walaupun terdapat percubaan anak cucu baginda yang berpindah keluar melepasi Hindu Kush selepas itu membentuk bahagian barat kerajaan Indo-Yunani. Raja terakhir dari kerajaan Indo-Yunani barat ini bernama Hermaeus, memerintah sehingga sekitar 70 SM. Ketika itu, Yuezhi sekali lagi merampas rantau kekuasaan baginda di Paropamisadae (Hindu Kush). Sementara itu, raja-raja Yunani di kerajaan Indo-Yunani timur terus memerintah sehingga sekitar 10 SM di rantau Punjab.
 
Keseluruhannya, Yuezhi berdiam di Bactria lebih daripada satu abad. Mereka mula dipengaruhi oleh kebudayaan Hellenistic sehingga dicadangkan bahawa mereka ini menerima pakai aksara-aksara Yunani untuk menulis bahasa Arya yang dituturkan oleh mereka. Melalui penemuan matawang-matawang mereka, didapati bahawa mereka mengecap matawang tersebut mengikut gaya raja Yunani Bactria dengan teks-teks Yunaninya sekali.
 
Sekitar 12 SM, Yuezhi kemudian berpindah masuk ke utara India dan mengasaskan empayar Guṣāṇa (Kushan).