Friday, January 2, 2015

Para Buddha yang Dikenali


Di negara-negara yang mengikut aliran Theravada, sudah menjadi adat-istiadat penduduk untuk mengadakan perayaan yang diikuti oleh upacara serta panjang pula. Terutamanya di musim cuaca cerah, memberi penghormatan tabik kepada 28 orang Buddha itu, memang terdapat penjelasannya dalam Buddhavaśa. 

Teks Buddhavaśa menjelaskan mengenai riwayat hidup baginda Siddhartha Gautama serta riwayat 27 orang Buddha sebelumnya. Teks ini merupakan sebahagian daripada Khuddaka Nikāya, yang terdapat dalam Sutta Piaka. Sutta Piaka pula merupakan salah satu kitab utama dari Tripitaka aliran Theravada.

Tiga Buddha yang awal, hidup sebelum zaman Buddha Dīpankara adalah:
  • Taṇhaṅkara
  • Medhaṅkara
  • Saraṇaṅkara
  • Dīpankara
Buddha Dīpankara adalah yang keempat dan terutama, kerana beliau memberi niyatha vivarana (ramalan pencerahan) kepada seorang remaja Brahmin bernama, Sumedha bahawa dalam kelahiran demi kelahirannya nanti, dia akan naik menjadi bodhisattva, Gautama Buddha. Selepas Dīpankara, muncul 23 orang arya puggala (orang budiman) yang nanti naik ke pencerahan jiwa sebelum Buddha Gautama.

Kitab Buddhvaśa cuma menjelaskan bahawa terdapat seramai 28 orang Buddha, namun baginda, Siddhartha Gautama turut menjelaskan wujud ramai lagi Buddha yang telah pun datang dan pergi sebelumnya di beberapa kalpa yang lalu.

Kini, ramai juga penganut Buddha memberi sembah tabik hormat kepada Buddha masa depan dan yang ke-29, Maitreya. Menurut kitab-kitab sutra, Buddha tersebut akan muncul di bumi, mencapai tahap Buddha penuh dan mengajari Dharma murni. Ramalan ketibaan Maitreya ini turut ditemui dalam kesusasteraan semua aliran fahaman ajaran Buddha dan diterima oleh kebanyakan pengikut ajaran Buddha sebagai kenyataan menyentuh peristiwa yang akan berlaku tatkala Dharma dilupai di alam Jambudvipa.

Senarai Para Buddha Purba

Menurut tradisi Buddha, setiap kalpa itu didatangi oleh 1000 orang Buddha. Kalpa sebelum ini adalah vyuhakalpa atau zaman gemilang. Kalpa kini disebut, bhadrakalpa atau zaman bertuah. Terdapat tujuh orang Buddha purba atau Sapta Tathāgata yang menjadi gertak penyambung antara vyuhakalpa dan bhadrakalpa iaitu:

Vyuhakalpa
  • Vipassī, Buddha yang ke-998.
  • Sikhī, Buddha yang ke-999.
  • Vessabhū, Buddha yang ke-1000 dan penutup kalpa ini.
Bhadrakalpa
  • Kakusandha, Buddha yang pertama muncul di kalpa ini.
  • Koāgamana, Buddha yang kedua.
  • Kassapa, Buddha yang ketiga.
  • Gotama, Buddha yang keempat dan yang baru pergi sekitar 2000 tahun dulu.
Berikutnya adalah Buddha Maitreya yang merupakan Buddha kelima dan Buddha masa depan dalam Bhadrakalpa.