Dhamma atau Dharma dalam bahasa Sanskrit menurut ajaran Buddha boleh bererti seperti berikut:
- Keadaan fitrah alam semesta sepertinya atau yathā bhūta.
- Hukum fitrah secara keseluruhan atau perseorangan.
- Pengajaran baginda Buddha sebagai penjelasan hukum fitrah yang terpakai untuk menjelaskan penderitaan batin manusia.
- Fenomena serta kejadian peristiwa atau ciri-cirinya.
Terbitan Kata dan Kepelbagaian Rujukan
Dhamma merupakan sebutan bahasa Prakrit untuk Dharma. Secara umumnya, kata ini terbit dari kata akar, dham, yang bermaksud, "mendukung" dan "menyokong". Ulasan seterusnya menjelaskan bahawa Dhamma itu menyokong dan mendukung pengamalnya, menghalangnya dari terjatuh ke keadaan sengsara atau terjelma dalam kewujudan yang penuh kecelakaan.
Dari seluruh istilah ajaran Buddha, perkataan Dhamma menuntut kepada makna yang meluas dan komprehensif. Dhamma adalah untuk memperkembang ilmu dan mengamalkan hukum-hakam yang turut menyokong bersama lembaran hakikat, fenomena fitrah dan peribadi manusia dalam saling kebergantungan dinamik dan harmoni.
Bahasa Uyghur dan bahasa Mongol merujuk Dhamma dengan perkataan dari bahasa Yunani, Nom, atau Nomos, bermaksud, Hukum.
Kandungan
Sila klik judul-judul berikut:
Etimologi
Konsep Dhamma dalam Agama-Agama di India
Dhamma dalam Buddhisme
Dhamma Vinaya: Jalan Amalan Yang Dicerahi
Dhamma Vicaya: Memahami Fitrah
Dhamma Kaya: Tubuh-Tubuh Buddha
Pengertian Dhamma
Rujukan-Rujukan
Dikumpulkan: N. S. V.
Kandungan
Sila klik judul-judul berikut:
Etimologi
Konsep Dhamma dalam Agama-Agama di India
Dhamma dalam Buddhisme
Dhamma Vinaya: Jalan Amalan Yang Dicerahi
Dhamma Vicaya: Memahami Fitrah
Dhamma Kaya: Tubuh-Tubuh Buddha
Pengertian Dhamma
Rujukan-Rujukan
Dikumpulkan: N. S. V.
No comments:
Post a Comment